Images
  • jewellery amk
    Polis mengepung kedai barang kemas di Ang Mo Kio di mana berlakunya rompakan pada 14 Ogos 2019. (Gambar: Pembaca CNA)

Kedai barang kemas di Ang Mo Kio dirompak barangan bernilai S$100,000

SINGAPURA: Polis sedang memburu seorang suspek setelah satu rompakan berlaku di sebuah kedai barang kemas di Ang Mo Kio pada Rabu (14 Ogos).

Kejadian itu berlaku di Blok 574 Ang Mo Kio Ave 10. Polis menyatakan mereka dimaklumkan tentang kes tersebut pada kira-kira jam 4.10 petang.

Seorang lelaki memanjat kaunter kedai tersebut lalu merampas barang kemas bernilai sekitar S$100,000 sebelum melarikan diri, menurut polis.

"Tiada senjata digunakan dan tiada sesiapa yang cedera," tambah polis.

Gambar-gambar yang dikirimkan kepada Mediacorp menunjukkan kawasan di luar kedai berkenaan dikepung dengan beberapa buah kenderaan polis berada di tempat kejadian.

Polis menyatakan suspek lelaki yang dikehendaki memakai topi keledar hitam, jaket biru dengan sepasang seluar hitam dan membawa beg hitam.

Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi polis di talian 1800-255-0000 atau menyerahkan maklumat secara online di www.police.gov.sg/iwitness. Semua maklumat akan dirahsiakan.  

- CNA/FZ/fz

Top