Images

Kecederaan kepala, leher paling lazim dalam kemalangan libatkan PMD, menurut TTSH

SINGAPURA: Kemalangan-kemalangan yang melibatkan alat mobiliti peribadi (PMD) semakin meningkat.

Menurut Hospital Tan Tock Seng (TTSH), pihaknya merawat 213 pesakit akibat kecederaan yang melibatkan PMD sejak 2017.

Sehingga suku ketiga tahun ini, kes-kes sedemikian meningkat lebih 68 peratus berbanding keseluruhan 2017.

Sejumlah enam kematian dilaporkan.

Menurut TTSH lagi, berikut adalah jenis-jenis kecederaan yang dialami para pesakit terlibat dalam kemalangan melibatkan PMD:

  • 41 peratus mengalami kecederaan di bahagian kepala dan leher
  • 12 peratus di bahagian muka
  • 8 peratus menjejas bahagian tangan dan kaki termasuk yang memerlukan amputasi.

Selain itu, pesakit yang dirawat mengalami kecederaan kecil seperti kulit melecet dan luka-luka.

Kebanyakan kemalangan disebabkan pengguna yang membawa PMD dengan laju, tidak berhati-hati dengan keadaan sekeliling dan gagal mengawal PMD. 

- CNA/MM/TQ/tq

Top