Kebun Terapi di Hab Tampines Kita dibuka, galak pelibatan masyarakat
Para pengunjung ke Hab Tampines Kita kini boleh menikmati keindahan flora dan fauna di sebuah kebun terapi yang baru.
SINGAPURA: Para pengunjung ke Hab Tampines Kita kini boleh menikmati keindahan flora dan fauna di sebuah kebun terapi yang baru.
Kebun Terapi itu adalah antara 30 kebun seumpamanya yang bakal dibangunkan merata negara menjelang 2030.
Seluas 70 meter kali 3 meter, kebun itu dilengkapi dengan sekitar 40 tanaman, untuk menenangkan para pengunjung.
Lawatan berpandu dan bengkel juga bakal dianjurkan serta program-program terapi khusus bagi para pesakit demensia dan kanak-kanak autisme.
Pelancaran kebun terapi itu hari ini (20 Feb) juga selaras dengan pelan menjadikan Tampines sebuah bandar eko pertama di Singapura menjelang 2025.
Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli menekankan tentang pentingnya bersikap prihatin terhadap sekitaran.
"Kami mahu masyarakat bersama dengan pemerintah untuk membina masyarakat yang prihatin tentang persekitaran. Persekitaran adalah suatu keprihatinan yang bukan hanya untuk pemerintah saja tetapi untuk semua penduduk untuk kita bekerjasama untuk menghidupkannya supaya ia adalah dalam kehidupan kita setiap hari," ujar Encik Masagos.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.