Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kebun terapeutik baru dibina di Telok Blangah; yang pertama seumpamanya bersebelahan hutan

Sebuah kebun terapeutik baru dibina di Taman Telok Blangah Hill. Ia adalah kebun terapeutik kelima dalam rangkaian kebun-kebun terapeutik Lembaga Taman Negara, NParks.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Mar 2020 07:12PM Dikemas Kini : 09 Mar 2020 11:19PM

SINGAPURA: Sebuah kebun terapeutik baru dibina di Taman Telok Blangah Hill. Ia adalah kebun terapeutik kelima dalam rangkaian kebun-kebun terapeutik Lembaga Taman Negara, NParks.

Kebun terapeutik direka untuk membantu orang ramai berinteraksi dengan alam semula jadi dan memperelok kesejahteraan mental mereka.

Bagi melengkapi suasana semula jadi di sekelilingnya, spesis pohon-pohon tempatan yang kurang dikenali ditanam di antara pokok-pokok sedia ada.

Ini bagi mewujudkan lapisan tumbuhan di bawah, pertengahan dan di atas.

Tempat khas sepanjang 40 meter juga disediakan agar para pengunjung dapat menikmati pemandangan hutan di sana.

Beberapa program hortikultur terapeutik juga diadakan bagi golongan-golongan tertentu seperti para penghuni warga tua di Rumah Rawatan St Andrew's.

Program-program tersebut bertujuan meningkatkan daya ingatan dan membantu kemahiran pergerakan melalui kegiatan berkaitan pohon serta alam semula jadi.

Sumber : CNA/RU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan