Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kebun etnobotani pertama S'pura dibuka di Kebun Bunga

Para pengunjung kini boleh melawat kebun etnobotani pertama di Singapura dan mempelajari bagaimana pendatang awal serta orang asli di Asia Tenggara menggunakan tumbuh-tumbuhan dalam kehidupan seharian mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Jun 2018 09:09PM Dikemas Kini : 30 Jun 2018 09:13PM

SINGAPURA: Para pengunjung kini boleh melawat kebun etnobotani pertama di Singapura dan mempelajari bagaimana pendatang awal serta orang asli di Asia Tenggara menggunakan tumbuh-tumbuhan dalam kehidupan seharian mereka.

Kebun tersebut mempamerkan sebanyak 300 spesis tumbuh-tumbuhan ekonomi, perubatan serta etnobotani. Ia menempatkan koleksi terbesar di Asia Tenggara.

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Desmond Lee, yang merasmikan kebun tersebut berkata bahawa ia merupakan usaha terkini NParks untuk mengukuhkan status Kebun Bunga Singapura sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Kebun etnobotani itu terbahagi kepada empat kawasan - zon kraf, hidupan, perubatan dan simbolisme.

Zon kraf misalnya, memperlihatkan bagaimana tumbuh-tumbuhan digunakan untuk mempamerkan kreativiti.

Serat-serat tumbuhan di zon tersebut turut digunakan untuk mengayam bakul dan sebagai bahan binaan.

Dalam pada itu, lebih daripada 100 artifak dan elemen interaktif turut disediakan di kebun etnobotani bagi tujuan pendidikan.

Para pengunjung juga boleh menggunakan satu aplikasi digital untuk meninjau sekitaran kebun itu, sekiranya hujan.

Pembukaan kebun etnobotani tersebut bersempena acara tahunan "Pesta Warisan Kebun Bunga Singapura." Pelbagai aktiviti dan program akan berlangsung di Kebun Bunga bermula hari ini (30 Jun) hingga 8 Julai. 

Sumber : CNA/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan