Images
  • jewel water leak
    Petikan video tular online menunjukkan air bocor di Jewel dan Terminal 1 (Gambar: Media sosial)

Kebocoran di Jewel Lapangan Terbang Changi disebabkan oleh 'isu pemercik'

SINGAPURA: Kebocoran air di Jewel dan Terminal 1 Lapangan Terbang Changi pada petang Sabtu (13 Apr) disebabkan oleh isu pemercik, menurut seorang jurucakap.

"Terdapat isu pemercik di Jewel petang semalam yang menyebabkan kebocoran di Dewan Ketibaan Terminal 1. Satu unit yang belum disewakan di Jewel turut terjejas," menurut jurucakap berkenaan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

"Isu tersebut ditangani dan dihuraikan dengan pantas, dengan kesan minimum terhadap operasi," tambah jurucakap itu.

Kebocoran itu tersebar melalui rakaman video yang tular online sejak semalam.


Satu video di YouTube dengan tajuk 'Waterfall di Jewel' (Air Terjun di Jewel) menunjukkan air mencurah dari siling berdekatan ke sebuah kedai yang belum dibuka.

Satu video berasingan di Facebook pula menunjukkan para pekarja membersihkan lantai yang basah di lapangan terbang tersebut.

- CNA/TQ/tq

Top