Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kebanyakan simpang trafik akan ada lampu isyarat merah-kuning-hijau untuk belok kanan jelang 2023

Sebagai sebahagian usaha untuk meningkatkan keselamatan pejalan kaki, lampu isyarat menunjukkan anak panah berwarna merah-kuning-hijau untuk kenderaan belok ke kanan akan diperkenalkan di kebanyakan persimpangan lalu lintas sepanjang tiga tahun mendatang.

Anggaran Waktu Membaca:
Kebanyakan simpang trafik akan ada lampu isyarat merah-kuning-hijau untuk belok kanan jelang 2023
Diterbitkan : 05 Mar 2020 05:06PM Dikemas Kini : 05 Mar 2020 05:13PM

SINGAPURA: Sebagai sebahagian usaha untuk meningkatkan keselamatan pejalan kaki, lampu isyarat menunjukkan anak panah berwarna merah-kuning-hijau untuk kenderaan belok ke kanan akan diperkenalkan di kebanyakan persimpangan lalu lintas sepanjang tiga tahun mendatang.

Lampu anak panah itu, membenarkan pemandu untuk membuat belokan hanya apabila bertukar warna hijau - sudahpun dipasangkan di lebih 300 simpang trafik. Ia akan dipasang di 1,200 persimpangan lalu lintas menjelang 2023, kata Setiausaha Parlimen Kanan bagi Pengangkutan Baey Yam Keng pada Khamis (5 Mac).

Encik Baey menjawab pertanyaan Anggota Parlimen Hougang Png Eng Huat semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan bagi Kementerian Pengangkutan (MOT).

Encik Png menarik perhatian bahawa berlaku satu kemalangan pada 6 Januari lalu, melibatkan seorang pelajar dilanggar sebuah kenderaan yang sedang membelok kanan - di mana para pemandu boleh membuat belokan sekalipun jika anak panah hijau itu tidak bernyala - jika mereka yakin ia adalah selamat untuk berbuat demikian.

Pada Julai tahun lalu semasa perbahasan parlimen bagi pindaan ke atas Akta Lalu lintas Jalan raya, para AP lain juga mengggesa supaya belokan sedemikian dihentikan.

AP dilantik Lim Sun Sun, berkongsi bagaimana beliau dilanggar sebuah bas yang sedang membelok di simpang antara Upper Changi Road East dengan Somapah Road. Beliau menggambarkan belokan seumpama itu sebagai "bermasalah".

Pada 2018, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengumumkan ia akan mula menggantikan isyarat lampu anak panah merah-kuning-hijau di kebanyakan daripada 1,600 persimpangan lalu lintas di Singapura.

Encik Baey berkata lampu isyarat itu adalah hanya satu daripada pelbagai inisiatif keselamatan yang diperkenalkan sepanjang lima tahun lalu, pada kos bernilai sekitar S$200 juta.  

Sumber : CNA/FZ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan