Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kebanyakan premium COE ditutup lebih tinggi

Premium bagi Sijil Hak Milik (COE) Kenderaan ditutup lebih tinggi dalam bidaan terkini yang dikeluarkan hari ini (9 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Kebanyakan premium COE ditutup lebih tinggi

Gambar fail. (Gambar: ROSLAN RAHMAN/AFP)

Diterbitkan : 09 May 2018 05:24PM Dikemas Kini : 09 May 2018 05:26PM

SINGAPURA: Premium bagi Sijil Hak Milik (COE) Kenderaan ditutup lebih tinggi dalam bidaan terkini yang dikeluarkan hari ini (9 Mei).

Bagi kereta Kategori A atau 1,600cc dan ke bawah dengan kuasa kuda tidak melebihi 130 bhp, premium ditutup pada harga $38,941, naik dari $38,510 dalam bidaan lalu.

Premium bagi kereta lebih besar dan berkuasa tinggi dalam Kategori B naik kepada S$38,501 dari S$37,330.

COE bagi Kategori Terbuka yang boleh digunakan bagi semua jenis kenderaan, tetapi kebanyakannya buat kenderaan-kenderaan besar, meningkat sebanyak S$211 kepada S$38,600.

Premium motosikal pula ditutup S$89 lebih tinggi kepada S$7,204.

Hanya harga COE bagi kategori kenderaan komersil sahaja yang termasuk kenderaan muatan dan bas merosot, jatuh S$1,012 kepada S$33,190 dalam bidaan terkini itu

Sebanyak 6,781 bidaan diterima bagi 4,148 COE yang ditawarkan. 

Sumber : CNA/SU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan