Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kebanyakan premium COE ditutup lebih tinggi dalam bidaan terkini

Kebanyakan premium COE ditutup lebih tinggi dalam bidaan terkini hari ini (7 Mac). 

Anggaran Waktu Membaca:
Kebanyakan premium COE ditutup lebih tinggi dalam bidaan terkini

Gambar fail kereta di PIE. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 07 Mar 2018 06:57PM Dikemas Kini : 07 Mar 2018 06:58PM

SINGAPURA: Kebanyakan premium COE ditutup lebih tinggi dalam bidaan terkini hari ini (7 Mac). 

Premium COE bagi kereta-kereta dalam Kategori A, iaitu 1600cc ke bawah dengan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, ditutup pada paras S$38,830. Ini lebih tinggi berbanding harga S$36,810 semasa bidaan sebelum ini.

Bagi kereta-kereta lebih besar dan berkuasa lagi dalam Kategori B, premium COE hampir tidak berubah apabila ia naik sedolar sahaja kepada S$39,001.

COE bagi kenderaan Kategori Terbuka, yang boleh digunakan bagi semua jenis kenderaan, tetapi digunakan kebanyakannya buat kenderaan-kenderaan besar, naik dari S$38,801 kepada S$39,000.

Premium motosikal pula naik kepada S$8,009 berbanding S$7,667 dalam bidaan sebelum ini.

COE bagi kenderaan komersil, termasuk kenderaan muatan dan bas, merosot sekitar S$2,860, kepada sekitar S$36,000. Ia mencatat S$36,859 semasa bidaan sebelum ini.

Sebanyak 6,434 bidaan diterima dengan kuota COE sebanyak 4,316 ditawarkan.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan