Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kebakaran tercetus di Pulau Busing

Satu kebakaran tercetus hari ini (20 Mac) di Pulau Busing, salah satu pulau di pantai selatan Singapura yang merupakan lokasi bangunan penyimpan minyak dan bahan kimia.

Anggaran Waktu Membaca:
Kebakaran tercetus di Pulau Busing

(Gambar: Daripada kru sebuah kapal yang dikendalikan OHC ship management)

Diterbitkan : 20 Mar 2018 10:58PM Dikemas Kini : 20 Mar 2018 11:00PM

SINGAPURA: Satu kebakaran tercetus hari ini (20 Mac) di Pulau Busing, salah satu pulau di pantai selatan Singapura yang merupakan lokasi bangunan penyimpan minyak dan bahan kimia.

Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menerusi catatan di laman Twitternya sekitar pukul 6.30 petang tadi ia sedang memberikan respons kepada insiden itu.

Kebakaran tersebut melibatkan sebuah tangki penyimpan minyak, menurut SCDF dalam satu kemas kini maklumat sekitar pukul 7.15 malam, sambil menambah anggota Pasukan Respons Kecemasan Syarikat (CERT) sedang menjalankan operasi memadam kebakaran.

Sekitar pukul 8.40 malam, SCDF menyatakan ia mengerahkan peralatan tambahan untuk menangani kebakaran tersebut. Mujur tiada kecederaan dilaporkan.

Tangki penyimpan minyak yang terbakar itu adalah kepunyaan Tankstore, yang memiliki bangunan untuk menyimpan petrol dan produk petrol di Pulau Busing.

Kebakaran itu agak "teruk", sumber Tankstore memberitahu Reuters, sambil meminta supaya tidak mendedahkan namanya kerana tidak dibenarkan bercakap kepada media.

Gambar-gambar yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan kepulan asap tebal dari pulau tersebut.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menyatakan insiden itu tidak menyebabkan peningkatan paras bahan pencemar dan ia akan memberikan kemas kini maklumat sekiranya terdapat perubahan pada mutu udara.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan