Images
  • fire (2)
    (Gambar: Ian Cheng)

Kebakaran tercetus di Muzium Seni Singapura

SINGAPURA: Satu kebakaran yang melibatkan bahan-bahan binaan berlaku di Muzium Seni Singapura pada tengah hari Ahad (11 Ogos), semasa muzium itu menjalani kerja ubah elok.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan bahawa pihaknya memberi respons kepada satu kebakaran di 71 Bras Basah Road pada sekitar pukul 3.00 petang.

"Kebakaran itu melibatkan bahan-bahan binaan dan dipadamkan oleh SCDF dengan menggunakan satu jet air 38mm," menurutnya, sambil menambah tiada kecederaan dilaporkan.

Bangunan-bangunan bersebelahan kelihatan tidak terjejas akibat kebakaran itu. Beberapa pekerja yang berada di tapak binaan juga boleh dilihat berdiri di luar bangunan itu.

Menurut SCDF, punca kebakaran masih lagi disiasat.

- CNA/NA/na

Top