Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kebakaran tercetus di Liat Towers di Orchard Road

Satu kebakaran dilaporkan di Liat Towers pada malam semalam (25 Mac). Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia dimaklumkan mengenai kebakaran itu pada sekitar pukul 10.00 malam.

Anggaran Waktu Membaca:
Kebakaran tercetus di Liat Towers di Orchard Road

(Gambar: Celine Foo)

Diterbitkan : 26 Mar 2020 08:29AM Dikemas Kini : 26 Mar 2020 08:33AM

SINGAPURA: Satu kebakaran dilaporkan di Liat Towers pada malam semalam (25 Mac).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia dimaklumkan mengenai kebakaran itu pada sekitar pukul 10.00 malam.

"Anggota bomba, lengkap dengan seragam peralatan pernafasan, memasuki bangunan yang diselubungi asap dan menjalankan operasi memadamkan kebakaran dan menyelamat. Peralatan hidraulik digunakan untuk memecah masuk ke unit-unit yang terjejas di tingkat 18," menurut SCDF kepada pertanyaan Mediacorp.

Kebakaran itu yang melibatkan barang-barang dalam sebuah unit runcit berjaya dipadamkan menggunakan satu jet air, tambah SCDF.

Seorang individu sudah dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH).

Dalam rakaman video yang dihantar ke Mediacorp, kedengaran bunyi letupan yang kuat sedang api itu marak menerusi sebuah tingkap yang terbuka lalu memuntahkan serpihan daripada unit berkenaan, seperti yang digambarkan oleh para saksi.

Pengurus program Celine Foo, 25 tahun berkata beliau mula menyedari tentang kebakaran itu ketika beliau meninggalkan sebuah bangunan berhampiran pada sekitar pukul 10.00 malam.

Orang ramai dilihat melarikan diri daripada jalan itu untuk mengelakkan daripada ditimpa apa yang dilihat sebagai serpihan daripada bangunan yang terbakar itu, sedang asap menyelubungi udara.

"Apabila saya melihat (kebakaran) itu, terdapat bunyi seperti bunyi mercun,"kata Cik Foo kepada Mediacorp.

Menurutnya lagi, para pegawai SCDF dan polis tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian.

Tukang masak sushi Henry Tan, 57 tahun pula berkata beliau melihat kebakaran itu masih marak pada sekitar pukul 10.50 malam dengan kawasan itu ditutup oleh polis dan pegawai SCDF.

"Tiada sesiapa dibenarkan menghampiri (kawasan itu), jadi para saksi berdiri di jalan yang bertentangan," katanya.

Punca kebakaran masih disiasat.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan