Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kebakaran tercetus di Dickson Road dekat Little India

Satu kebakaran berlaku di Dickson Road di kawasan Little India pada Khamis petang (16 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 May 2019 05:50PM Dikemas Kini : 16 May 2019 11:08PM

SINGAPURA: Satu kebakaran berlaku di Dickson Road di kawasan Little India pada Khamis petang (16 Mei).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menulis di Facebook pada sekitar 3.05 petang bahawa pihaknya dimaklumkan tentang kebakaran di 14 Dickson Road.

"SCDF berada di tempat kejadian untuk menjalankan operasi memadam api," menurut catatan tersebut.

Rakaman video di media sosial menunjukkan asap tebal terapung ke udara. Video-video oleh para saksi yang dikongsikan dengan CNA dan BERITAmediacorp juga menunjukkan asap tebal dari sederet rumah kedai.

Bumbung sebuah rumah kedai turut kelihatan rentung sedang para anggota SCDF berusaha memadamkan api.

"Bumbung rosak teruk," seorang saksi yang mengenalkan dirinya sebagai Farihin K memberitahu Mediacorp.

"Kenderaan bomba tiba di tempat kejadian dengan agak pantas," tambah beliau.

"Para anggota bomba tiba di tempat kejadian dalam tempoh tujuh minit," kata seorang lagi saksi, Mohan. Beliau menambah kebakaran kelihatan "terkawal" pada sekitar 3.20 petang.

Seorang pengguna Twitter mendakwa dapat melihat kebakaran sejauh Suntec.

Berita ini adalah hasil makluman seorang pembaca. Jika anda ingin mengirimkan gambar atau video yang boleh dijadikan bahan berita, hantarkan menerusi WhatsApp ke hotline di +65 8563 0480 atau mesej kami di laman Facebook.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan