Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kebakaran LPG Jalan Buroh: Mangsa kian pulih, dikeluarkan dari ICU

Seorang pekerja yang dimasukkan ke dalam hospital menyusuli insiden kebakaran besar-besaran yang tercetus di sebuah kemudahan gas petroleum cecair atau LPG dekat Jalan Buroh, Jurong, kini sudahpun dikeluarkan daripada unit pantauan tinggi 

Anggaran Waktu Membaca:
Kebakaran LPG Jalan Buroh: Mangsa kian pulih, dikeluarkan dari ICU

Kebakaran besar-besaran tercetus pada 21 Jun 2019, melibatkan ratusan tong LPG. (Gambar: SCDF/Facebook)

Diterbitkan : 29 Jun 2019 10:53PM Dikemas Kini : 29 Jun 2019 10:54PM

SNGAPURA: Seorang pekerja yang dimasukkan ke dalam hospital menyusuli insiden kebakaran besar-besaran yang tercetus di sebuah kemudahan gas petroleum cecair atau LPG dekat Jalan Buroh, Jurong, kini sudahpun dikeluarkan daripada unit pantauan tinggi dan sedang semakin pulih daripada kecederaannya. Demikian menurut Pusat Pekerja Asing (MWC) pada Sabtu (29 Jun).

Encik Han Xin adalah salah seorang daripada dua pekerja warga China yang dikejarkan ke Hospital Besar Singapura (SGH) kerana mengalami kelecuran akibat kebakaran tersebut.

Menurut MWC, seorang lagi pekerja iaitu Encik Tian Yongmin "hampir sembuh sepenuhnya dan berada di bawah jagaan syarikatnya". Beliau dikeluarkan dari SGH pada kesokan pagi selepas kebakaran tersebut.

"MWC akan terus kekal berhubungan dengan kedua-dua pekerja dan syarikat itu untuk memastikan bahawa sebarang bantuan yang diperlukan, keprihatinan mengenai pemulihan atau pekerjaan mereka dihulurkan kepada mereka dengan segera," tulis pusat tersebut dalam satu catatan Facebook.

ISTERI PEKERJA YANG TERBUNUH TERIMA WANG TUNAI TANDA TAKZIAH

Seorang lagi pekerja warga China, Encik Wei Xiaoyong, maut dalam kebakaran itu.

MWC menambah: "Dengan bantuan kami, syarikat itu dapat mempercepat urusan perjalanan bagi balu dan anak kepada mendiang Encik Wei Xiaoyong untuk terbang ke Singapura pada Khamis (27 Jun)".

Jasad Encik Wei dituntut oleh keluarganya pada Sabtu (29 Jun) pagi.

"Syarikat itu mengambil berat tentang keperluan orang tersayang Encik Wei dan bertanggungjawab dalam menguruskan segala formaliti yang perlu. Bahkan, kami diberitahu syarikat itu sedang menyediakan wang tunai sebagai tanda takziah untuk diberikan kepada balu Encik Wei sebelum beliau pulang ke China," menurut MWC.

SESI KAUNSELING BUAT PEKERJA YANG TERJEJAS

MWC menyatakan bahawa demi memastikan tiada "sebarang halangan atau penangguhan dalam penilian kecederaan serta bayaran pampasan yang selanjutnya" buat para pekerja yang terjejas dalam kebakaran itu, ia sudahpun membuat penyelarasan bersama para pegawai Keduataan PRC, wakil-wakil syarikat dan jabatan pampasan kecederaan kerja Menteri Tenaga Manusia (MOM).

Menurut MWC, ini agar permohonan tuntutan, maklumat, borang serta dokumen pengenalan diserahkan secepat mungkin.

Para pekerja di kemudahan LPG itu juga akan diberikan khidmat kaunseling emosi.

MWC menambah kesemua pekerja yang terjejas oleh kebakaran di Jalan Buroh akan terus dijaga dari segi kesejahteraan fizikal dan pekerjaan mereka.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan