Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kebakaran Jalan Buruh: Pekerja cedera kini dalam keadaan mantap

Seorang rakyat China yang cedera dalam kebakaran di Jalan Buroh kelmarin berada dalam keadaan mantap. Beliau kini berehat selepas menjalani pembedahan semalam.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Jun 2019 08:53PM Dikemas Kini : 24 Jun 2019 12:03AM

SINGAPURA: Seorang rakyat China yang cedera dalam kebakaran di Jalan Buroh kelmarin berada dalam keadaan mantap. Beliau kini berehat selepas menjalani pembedahan semalam.

Menerusi catatan di media sosial hari ini (23 Jun), Pusat Pekerja Asing (MWC) juga mengesahkan bahawa seorang lagi pekerja yang cedera sudah pulang ke tempat tinggal yang disediakan majikannya.

Lelaki warga China itu juga sedang berehat dan dijangka sembuh tidak lama lagi.

Seorang lagi warga China terkorban dalam kebakaran itu.

Keluarganya akan datang ke Singapura untuk mengambil mayatnya.

Urusan visa dan perjalanan mereka ke sini sedang diuruskan.

Kebakaran kelmarin merosakkan sebuah kemudahan LPG seluas dua padang bola yang menempatkan beratus-ratus tong LPG.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengambil masa sekitar enam jam untuk memadamkan kebakaran tersebut.

SCDF menyatakan kebakaran tersebut adalah yang terbesar melibatkan tong LPG yang dipadamkannya.

Sumber : CNA/MU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan