Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kebakaran dilaporkan di Toa Payoh; wanita 48 tahun dikejarkan ke TTSH

Seorang wanita 48 tahun dibawa ke Hospital Tan Tock Seng menyusuli satu kebakaran di luar kawasan lif di Toa Payoh pagi tadi (12 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Kebakaran dilaporkan di Toa Payoh; wanita 48 tahun dikejarkan ke TTSH

Gambar: Christy Yip

Diterbitkan : 12 Feb 2018 06:27PM Dikemas Kini : 12 Feb 2018 06:46PM

SINGAPURA: Seorang wanita 48 tahun dibawa ke Hospital Tan Tock Seng menyusuli satu kebakaran di luar kawasan lif di Toa Payoh pagi tadi (12 Feb).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan bahawa ia dimaklumkan tentang insiden di tingkat lapan di Blok 5 Toa Payoh Lorong 7 sekitar 8.30 pagi.

Kebakaran yang melibatkan "barang-barang terbiar", dipadamkan menggunakan buih udara termampat, menurut SCDF.

Polis menyatakan bahawa ia sedang menyiasat kes tersebut sebagai "perbuatan nakal".

Mediacorp difahamkan bahawa wanita berkenaan adalah seorang penduduk di kawasan itu yang dibawa ke hospital selepas mengadu mengalami masalah pernafasan, menurut pihak berkuasa.

Seorang lagi wanita yang berusia 70-an tahun bagaimanapun tidak mahu dibawa ke hospital. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan