Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kebakaran di Yishun: Dr Faishal bergegas ke tempat kejadian; puji polis & SCDF cekap

Anggota Parlimen (AP) GRC Nee Soon, Profesor Madya Dr Faishal Ibrahim hari ini (24 Jun) melahirkan penghargaan beliau kepada para pegawai polis dan anggota bomba.

Anggaran Waktu Membaca:
Kebakaran di Yishun: Dr Faishal bergegas ke tempat kejadian; puji polis & SCDF cekap

Dr Faishal bercakap kepada anggota bomba di Blok 663 Yishun pagi tadi, 24 Jun. (Gambar: Assoc Prof Muhammad Faishal Ibrahim/Facebook)

SINGAPURA: Anggota Parlimen (AP) GRC Nee Soon, Profesor Madya Dr Faishal Ibrahim hari ini (24 Jun) melahirkan penghargaan beliau kepada para pegawai polis dan anggota bomba.

Ini setelah mereka bertindak pantas dan cekap dalam menangani kebakaran besar yang tercetus di Yishun pagi tadi.

Menerusi catatan di laman Facebooknya, Dr Faishal berkata beliau dimaklumkan tentang insiden di Blok 663 Yishun Avenue 4 semasa sedang bersiap-siap untuk menghantar anak perempuannya ke Lapangan Terbang Changi.

Namun, sebaik sahaja menerima panggilan telefon daripada salah seorang pemimpin masyarakat di Nee Soon Central yang bernama Andrew Lim itu, anak perempuan Dr Faishal meminta beliau supaya segera ke tempat kejadian.

"Setibanya saya di tempat kejadian, saya lihat begitu ramai orang. Para komander SCDF dan polis segera menjelaskan tentang keadaan di sana. Saya kemudian meneliti keadaan dan bercakap kepada para penduduk yang terjejas akibat kebarakan tersebut," menurut Dr Faishal.

Beliau memuji kecekapan anggota SCDF memadam kebakaran tersebut.

"Apinya besar dan mereka bekerja keras untuk memadamkannya. Para pegawai polis (juga) segera tiba untuk mengawal keadaan.

"Para penduduk memberitahu saya bahawa mereka menghargai para pegawai SCDF dan polis kita," tambah Dr Faishal.

Sedang siasatan dijalankan, Dr Faishal juga sudah meminta agensi-agensi dan pertubuhan-pertubuhan masyarakat yang relevan supaya menghulurkan bantuan terbaik kepada para penduduk.

"Saya amat bersyukur tiada orang yang cedera sejauh ini," katanya lagi.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan