Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kebakaran di Waterloo Apartments, 1 dibawa ke SGH

Satu kebakaran dilaporkan di sebuah unit tingkat 15 bangunan Waterloo Apartments di kawasan Bugis semalam (14 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Kebakaran di Waterloo Apartments, 1 dibawa ke SGH

Gambar: Jeffrey Ho

Diterbitkan : 15 Feb 2018 09:47AM Dikemas Kini : 15 Feb 2018 09:50AM

SINGAPURA: Satu kebakaran dilaporkan di sebuah unit tingkat 15 bangunan Waterloo Apartments di kawasan Bugis semalam (14 Feb).

Seorang pembaca Mediacorp yang berada di tempat kejadian berkata bahawa beliau terdengar “bunyi letupan”. Gambar-gambar dan video yang tersebar menunjukkan asap yang keluar dari tingkap sebuah apartmen.

Ketiga-tiga penghuni unit itu berjaya keluar dari unit berkenaan sebelum pihak berkuasa tiba di tempat kejadian, menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Salah seorang daripada mereka dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH) kerana terhidu asap.

Menurut SCDF, ia dimaklumkan tentang insiden itu sekitar 9.25 malam.

Kebakaran itu melibatkan barang-barang dalam sebuah bilik tidur dan punca kebakaran kini sedang disiasat, menurut SCDF.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan