Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kebakaran di Telok Blangah Crescent; 1 dibawa ke hospital

Satu kebakaran melibatkan alat mobiliti peribadi (PMD) tercetus dalam sebuah flat di Blok 4 Telok Blangah Crescent pada malam semalam (16 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Kebakaran di Telok Blangah Crescent; 1 dibawa ke hospital

Kebakaran tercetus di Blok 4 Telok Blangah Crescent pada 16 Mei 2019. (Gambar: Pricilla Lum)

Diterbitkan : 17 May 2019 07:49AM Dikemas Kini : 17 May 2019 07:50AM

SINGAPURA: Satu kebakaran melibatkan alat mobiliti peribadi (PMD) tercetus dalam sebuah flat di Blok 4 Telok Blangah Crescent pada malam semalam (16 Mei).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dimaklumkan tentang kejadian itu pada sekitar 9.30 malam.

Menurut pasukan tersebut: "SCDF memasuki unit berkenaan secara paksa. Kebakaran itu, yang melibatkan alat mobiliti peribadi dan barang-barang di dalam bilik, dipadamkan oleh SCDF menggunakan beg galas berisi busa udara mampat."

Seorang wanita dikejarkan ke Hospital Besar Singapura (SGH) manakala dua lagi individu enggan menerima rawatan di hospital itu. Menurut SCDF, sekitar 30 hingga 40 penduduk dipindahkan.

Penghuni flat berusia 26 tahun, Pricilla Lum, berkata beliau mula terhidu bau asap pada kira-kira jam 9.20 malam lalu menelefon SCDF dan meninggalkan rumahnya bersama ibu beliau sambil memaklumkan tentang perkara itu kepada jiran tetangga.

"Mereka semuanya sudah tua dan tinggal berpasangan. Pastinya, mereka memerlukan bantuan untuk keluar dari rumah," kata Cik Lum yang menemani pasangan-pasangan warga emas untuk turun dari flat dengan bantuan ibunya.

Penduduk blok terjejas berkumpul di kawasan lapang berhampiran flat berkenaan sementara para pegawai SCDF berusaha melawan api.

Orang ramai berkumpul untuk melihat kebakaran yang berlaku di Blok 4 Telok Blangah Crescent pada 16 Mei 2019. (Gambar: Pricilla Lum)

Pada sekitar 10.20 malam, kepulan asap hitam yang tebal masih dapat dilihat berlegar keluar dari flat berkenaan.

Para penduduk menerima arahan daripada para pegawai SCDF untuk mula pulang ke rumah mereka pada kira-kira 11.00 malam.

Awal dari itu, pada hari yang sama, satu lagi kebarakan berlaku di rumah kedai yang terletak di Dickson Road dekat Little India.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan