Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kebakaran di East Coast Park jejas kawasan seluas 2 padang bola

Satu kebakaran dilaporkan berdekatan East Coast Park pada malam semalam (12 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Aug 2019 07:49AM Dikemas Kini : 13 Aug 2019 11:20PM

SINGAPURA: Satu kebakaran dilaporkan berdekatan East Coast Park pada malam semalam (12 Ogos).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai kebakaran di persimpangan antara Marina East Drive dengan East Coast Park Service Road itu pada sekitar 8.50 malam semalam.

SCDF menambah bahawa kebakaran itu menjejas kawasan seluas sekitar dua padang bola.

Gambar-gambar dan video yang dikirimkan kepada Mediacorp menunjukkan api yang marak dan asap tebal dari tempat kejadian.

Menurut SCDF dalam satu makluman terkini, kebakaran itu berjaya dikawal pada pukul 10.30 malam.

Sekitar 50 anggota bomba dan 12 kenderaan kecemasan termasuk lima kereta bomba, sebuah red rhino dan dua kenderaan sokongan dikerahkan.

Menurut SCDF, tiada kecederaan dilaporkan.
 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan