Images
  • scdf main
    Kebakaran besar di 643 Geylang Road pada 17 Mac 2019. (Gambar-Gambar: SCDF/Facebook)

Kebakaran besar di rumah kedai Geylang Road

SINGAPURA: Sebanyak 17 kenderaan dan kira-kira 60 anggota bomba dikerahkan pada awal pagi Ahad (17 Mac) untuk memadamkan kebakaran besar di Geylang Road.

Menurut Pasukan Pertahanan Awam (SCDF) menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan mengenai kebakaran di 643 Geylang Road itu pada sekitar 1.10 pagi.

"SCDF dengan pantas mengerahkan sumbernya di sekitar kawasan terjejas untuk mengawal kebakaran itu," menurutnya dalam satu catatan Facebook.


Tujuh unit rumah kedai terbakar dengan lima daripadanya dijilat api sepenuhnya, menurut SCDF.

Para anggota bomba mengambil masa sekitar tiga jam untuk memadamkan kebakaran itu.

Menurut SCDF lagi, tiada orang cedera dalam kejadian tersebut.  

- CNA/AI/ai

Top