Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kebakaran berlaku dekat Jurong Town Hall Road

Satu kebakaran berlaku di tanah lapang berumput berhampiran Jurong Town Hall Road pada Jumaat petang (20 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Kebakaran berlaku dekat Jurong Town Hall Road

Padang lapang yang terbakar di Jurong Town Hall Rd. (Gambar: Pembaca CNA)

Diterbitkan : 20 Sep 2019 08:36PM Dikemas Kini : 20 Sep 2019 08:46PM

SINGAPURA: Satu kebakaran berlaku di tanah lapang berumput berhampiran Jurong Town Hall Road pada Jumaat petang (20 Sep).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya dimaklumkan tentang kebakaran itu pada sekitar 5.00 petang.

Kebakaran tersebut, yang berlaku berdekatan Ekspreswe Ayer Rajah, menjejas kawasan seluas satu padang bola sepak, dedah SCDF.

Kebakaran itu dipadamkan menggunakan jet-jet air dan tiada kecederaan dilaporkan, menurut pihak SCDF.

Gambar-gambar menunjukkan api kebakaran itu menyelubungi pokok-pokok dan rumput-rumput tinggi. Kepulan asap tebal juga dapat dilihat di udara.

(Gambar-gambar: Ihsan Pembaca CNA)

Gambar-gamabar lain pula menunjukkan kenderaan-kenderaan SCDF di tempat kejadian.

Punca kebakaran masih disiasat.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan