Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keadaan berjerebu pagi semalam akibat tiupan angin

Bau asap yang mungkin anda terhidu pada awal pagi semalam (3 Jun) berpunca daripada "zarah jerebu yang terkumpul dek keadaan berangin".

Anggaran Waktu Membaca:
Keadaan berjerebu pagi semalam akibat tiupan angin

Gambar fail flat HDB di Toa Payoh. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 04 Jun 2018 08:50AM Dikemas Kini : 04 Jun 2018 08:52AM

SINGAPURA: Bau asap yang mungkin anda terhidu pada awal pagi semalam (3 Jun) berpunca daripada "zarah jerebu yang terkumpul dek keadaan berangin".

Menjawab pertanyaan Mediacorp, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menyatakan bahawa keadaan berjerebu, bagaimanapun, semakin bertambah baik pada lewat pagi.

Para penduduk di Thomson, Toa Payoh dan Bishan mengadu tentang bau asap semalam (3 Jun). Sesetengah penduduk juga menyuarakan kebimbangan mereka di platform media sosial dan tertanya-tanya jika jerebu kembali melanda Singapura.

NEA menyatakan bahawa para pegawainya dikerahkan ke Toa Payoh Lorong 1 dan Lorong 6, di mana bau asap dilaporkan, bagi mengkaji mutu udara dan mengambil sampel untuk dibawa ke makmal.

"Kandungan bahan pencemar di udara berada pada paras biasa," menurut NEA sambil menambah bahawa tiada tompok panas yang dikesan di kawasan berdekatan negara ini.

NEA juga menyatakan bahawa ia akan terus memantau paras mutu udara.

Bacaan PSI bagi tempoh 24 jam pada jam 7.00 pagi tadi (4 Jun) adalah antara 51 dengan 100, iaitu pada paras sederhana. Bacaan PSI bagi tempoh 3 jam pula adalah 61. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan