Images
  • mrt fencing kallang
    Kawat keselamatan dilihat dekat landasan stesen MRT Kallang pada 28 Feb 2021 susuli satu kematian (Gambar: Nuria Ling/TODAY)

Kawat keselamatan dipasang di tapak kejadian maut di MRT Kallang

SINGAPURA: Gelung kawat konsertina muncul di jejambat MRT berhampiran tempat terletak 150 meter dari stesen MRT Kallang, di mana seorang lelaki berusia 31 tahun, maut dilanggar kereta api pada Khamis (25 Feb).

Semasa lawatan ke tapak pada Ahad, Mediacorp menemui kawat yang baru dipasang, yang digunakan untuk mencegah masuk kemasukan di jejambat landasan setinggi sekitar 3 meter di atas tanah. Gelung wayar itu tidak ada pada Jumaat petang.

Siasatan polis terhadap kematian luar biasa itu sedang dijalankan dan SMRT enggan mengulas mengenai sama ada kamera atau sistem pengawasan mengesan kehadiran lelaki itu sebelum kemalangan.

Kejadian pada Khamis, yang berlaku sekitar 9.00 malam, menyebabkan gangguan khidmat kereta api antara stesen Bugis hingga Aljunied. Kedua-dua stesen Kallang dan Lavender terpaksa ditutup lewat malam itu.

Tidak diketahui secara umum bagaimana lelaki itu memasuki landasan menghala timur, yang unik kerana ia adalah bahagian dari Laluan Timur-Barat di mana landasan itu beralih dari laluan atas tanah ke bawah tanah. Bahagian itu dikenali sebagai pintu masuk terowong atau portal.

Terdapat enam lokasi lain di Singapura dengan portal seperti itu - di Redhill, Bishan, Expo, Kranji, Bukit Batok, dan antara stesen Kembangan dengan Bedok.

Ketika Mediacorp mengunjungi tapak tersebut ini pada Ahad, terdapat kawasan jejambat MRT Kallang yang dapat dipanjat kerana ketinggiannya serendah sekitar 4 meter dan ciri reka bentuk di jejambat konkrit itu sendiri yang dapat digunakan sebagai tempat pijakan.

Tiada pagar yang menghalang orang memasuk ke kawasan di bawah jejambat, walaupun beberapa pagar dipasang pada jejambat itu sendiri. Beberapa orang kelihatan berkelah di tempat teduh yang disediakan oleh jejambat, tepat di bawah tempat mayat itu dijumpai.

Walaupun reka bentuk jejambat berhampiran stesen MRT Redhill juga membolehkan orang berkelah di bawahnya - beberapa kumpulan dilihat melakukan sedemikian pada Ahad - landasan itu sendiri dilindungi oleh pagar kawat berduri tinggi, dan tiada kawasan yang mudah dipanjat.


(Gambar: Nuria Ling/TODAY)

Di stesen MRT Bishan pula, pagar yang setinggi sekurang-kurangnya 10 meter menghalang sesiapa sahaja menceroboh landasan dengan mudah.

Jejambat di Redhill dan Bishan juga berbentuk V, yang akan menghambat percubaan untuk memanjat sisinya.

"KALAU BENAR-BENAR INGIN, CARA MENCEGAHNYA TERHAD"

Pada Khamis setelah kejadian itu terjadi, Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung mengaku di laman Facebooknya bahawa orang ramai mempunyai banyak pertanyaan tentang kejadian itu, tetapi ada "had mengenai apa yang boleh dikatakan secara terbuka" kerana polis sedang menyiasat.

Kata Encik Ong: "Ada satu masa apabila berlakunya kejadian sekali sekala orang memasuki landasan dari platform stesen. Itulah sebabnya kami mempunyai pintu layar platform untuk stesen di atas tanah dan juga stesen bawah tanah sekarang. Di luar stesen, landasan berada di jejambat, bawah tanah atau jika di (permukaan tanah), berpagar."

Pakar perancang pengangkutan yang sudahpun bersara dari Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), Gopinath Menon berkata bahawa berlakunya beberapa insiden maut sedekad yang lalu menyebabkan pintu layar platform dipasang dan ia berkesan untuk menghentikan pencerobohan landasan.

Secara umum, ciri keselamatan seperti hadangan fizikal, sistem pengesanan seperti kamera litar tertutup dan alat radar, serta rondaan dapat mencegah kejadian tersebut.

Bagaimanapun, terdapat risiko yang lebih besar berlakunya pencerobohan landasan di kawasan portal, kerana tempat-tempat itu biasanya terletak jauh dari stesen MRT, kata Dr Menon.

"Sekiranya seseorang benar-benar ingin memasuki landasan, cara-cara mencegahnya terhad. Pihak berkuasa boleh memikirkan pelbagai cara kawalan, tetapi mereka tidak dapat meletakkan orang (berkawal) di setiap sudut," katanya.

TALIAN MEMINTA BANTUAN:

Hotline Samaritans of Singapore: 1800 221 4444

Talian bantuan Institusi Kesihatan Mental: 6389 2222

Talian bantuan Persatuan Kesihatan Mental Singaura:1800 283 7019

- TODAY/TQ/tq

Top