Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kawasan Bugis dan Arab Street diubah jadi ruang kreatif

Lebih 100 lot tempat letak kereta di Bugis dan Kampong Gelam 'bertukar wajah' kepada ruang awam yang berwarna-warni hari ini (22 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Sep 2018 09:32PM Dikemas Kini : 23 Sep 2018 02:02PM

SINGAPURA: Lebih 100 lot tempat letak kereta di Bugis dan Kampong Gelam 'bertukar wajah' kepada ruang awam yang berwarna-warni hari ini (22 Sep).

Perubahan ini sebahagian daripada sambutan tahunan gerakan PARK(ing) Day, yang turut disambut di merata dunia.

Empat jalan raya di kawasan Bugis dan Arab Street ditutup kepada lalu lintas

bagi membolehkan orang ramai menikmati pelbagai kegiatan dan permainan.

Daripada sekadar tempat meletak kereta, orang ramai dapat bersiar-siar menikmati kawasan yang ditukar menjadi ruang-ruang kreatif.

Antara kegiatan yang disediakan temasuk bermain ping pong menggunakan pemukul yang dibuat sendiri.

Para pengunjung juga boleh membuat jambangan bunga serta berteduh di bawah 'payung' belon.

Kerja-kerja mengubah kawasan itu dilakukan oleh para pelajar dari 14 sekolah dengan bantuan orang ramai.  

Sumber : CNA/UR/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan