Images
  • Shangrila
    Seorang polis Singapura dari kontinjen Gurkhas mengawal di luar hotel semasa Dialog Shangri-La Dialogue. (Gambar: AFP/ Roslan Rahman)  

Kawalan keselamatan lebih ketat, laluan trafik khas sepanjang tempoh Dialog Shangri-La

SINGAPURA: Kawalan keselamatan yang lebih ketat boleh dijangkakan di kawasan sekitar Hotel Shangri-La mulai Jumaat (1 Jun) sehingga Ahad (3 Jun).

Ini dilakukan menjelang Dialog Shangri-La ke-17 yang akan diadakan di hotel tersebut, menurut polis dalam satu kenyataan media.

Polis juga akan mengadakan sekatan jalan dan pemeriksaan keselamatan yang ketat di hotel itu dan juga di kawasan sekelilingnya sepanjang tempoh dialog tersebut.

Orang ramai digesa supaya mematuhi arahan polis di pusat-pusat pemeriksaan. Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang mengancam keselamatan di kawasan itu, tegas polis.

Para pengguna jalan raya juga dinasihati supaya mengelakkan kawasan di sekitar Hotel Shangri-La seperti Anderson Road dan Orange Grove memandangkan aliran trafik dijangka "bergerak perlahan", menurut polis.

Jalan-jalan raya lain yang akan terjejas termasuk Ardmore Park menghala ke Draycott Drive, di mana arah trafik akan diubah dari pukul 11.00 malam pada Khamis (31 Mei) hingga pukul 5.00 petang pada hari Ahad.

Kenderaan komersil juga tidak dibenarkan masuk ke Anderson Road.

Selain itu, kemudahan tempat meletak kereta di hotel tersebut akan terhad sepanjang tempoh dialog.

Polis juga menasihati orang ramai supaya jangan melakukan kegiatan-kegiatan udara di kawasan itu seperti menerbangkan dron. 

- CNA/NK/nk

Top