Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kawalan dipertingkat setelah jumlah pengunjung ke pulau lepas pantai naik mendadak

Jumlah pengunjung ke pulau-pulau lepas pantai Singapura naik mendadak di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Oct 2020 06:27PM Dikemas Kini : 17 Oct 2020 08:52PM

SINGAPURA: Jumlah pengunjung ke pulau-pulau lepas pantai Singapura naik mendadak di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Lantaran itu, para duta jarak selamat di tempat-tempat berkenaan meningkatkan usaha untuk mengurus orang ramai dengan lebih baik serta memastikan mereka selamat.

Tujuan berlibur di Pulau Sakijang Pelepah atau Lazarus menjadi masalah selepas 12 orang lelaki didapati melanggar peraturan berhimpun COVID-19.

Insiden itu membuat pasukan duta jarak selamat di Pulau Sekijang Bendera atau St John dan Sakijang Pelepah meningkatkan usaha supaya kesalahan sedemikian tidak berlaku lagi.

Menurut Penguasa Tanah Singapura (SLA), sekitar 10,800 orang mengunjung pantai-pantai di pulau itu setiap bulan sejak ia dibuka semula pada Jun lalu berbanding hanya 6,800 orang secara purata tahun lalu.

Langkah-langkah sudah diambil sebaik para pengunjung berada di jeti dengan Penguasa Maritim dan Pelabuhan (MPA) menyatakan lebih banyak feri boleh beroperasi semasa waktu sibuk untuk mengelakkan kesesakan.

Barisan beratur yang khusus serta petanda di lantai juga disediakan bagi membantu memastikan peraturan dipatuhi orang ramai.

Di Pulau Ubin, para pegawai juga berdepan dengan masalah yang sama dengan sekitar 39,000 orang mengunjungi pulau itu pada bulan lalu iaitu peningkatan tujuh kali ganda berbanding bulan April.

Lembaga Taman Negara (NParks) sudah menyediakan petanda jarak selamat dan penghadang serta mengingatkan orang ramai supaya memakai pelitup sepanjang masa.

NParks menambah beberapa laluan berbasikal atau kembara akan ditutup jika lebih banyak ruang untuk jarak selamat diperlukan.

Para pegawai juga lebih berjaga-jaga di kawasan yang dikunjungi ramai orang di Pulau Ubin. 

Sumber : CNA/RU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan