Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kaum wanita jadi Lembaga Pengarah naik kepada 15.7% di S'pura

Lebih ramai wanita menjadi anggota-anggota lembaga pengarah dalam enam bulan pertama tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Sep 2019 10:01PM Dikemas Kini : 12 Sep 2019 10:06PM

SINGAPURA: Lebih ramai wanita menjadi anggota-anggota lembaga pengarah dalam enam bulan pertama tahun ini.

Majlis Kepelbagaian Lembaga Pengarah mendapati dalam tempoh tersebut, kaum wanita dalam Lembaga Pengarah meningkat daripada 15.2 peratus kepada 15.7 peratus di dalam 100 syarikat utama di Singapura.

Lembaga-lembaga berkanun mencatat kenaikan tertinggi jumlah wanita dalam Lembaga Pengarah, naik 1.2 peratus.

Di kalangan 100 institusi-institusi awam utama (IPC) peratusan wanita dalam Lembaga Pengarah kekal tidak berubah iaitu 27.4 peratus.

Setakat ini 36 syarikat yang disenaraikan dalam Bursa Singapura, sudah mencapai sasaran sekurang-sekurangnya 20 peratus anggota Lembaga Pengarah adalah wanita.

Majlis Kepelbagaian Lembaga Pengarah ditubuhkan pada Januari lalu oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga bagi meningkatkan penyertaan kaum wanita dalam Lembaga Pengarah.

Sumber : CNA/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan