Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kastam: Tiada sekatan tambahan ke atas import pelitup muka, cecair pembersih tangan

Tiada sekatan tambahan dikenakan ke atas pelitup muka dan cecair pembersih tangan yang dibawa masuk ke Singapura, menurut Kastam Singapura pada Isnin (17 Feb). 

Anggaran Waktu Membaca:
Kastam: Tiada sekatan tambahan ke atas import pelitup muka, cecair pembersih tangan

Notis yang diletakkan di Pusat Pesiaran Singapura. (Gambar: Facebook)

Diterbitkan : 17 Feb 2020 09:15PM Dikemas Kini : 17 Feb 2020 09:17PM

SINGAPURA: Tiada sekatan tambahan dikenakan ke atas pelitup muka dan cecair pembersih tangan yang dibawa masuk ke Singapura, menurut Kastam Singapura pada Isnin (17 Feb).

"Sama seperti semua barangan yang dibawa masuk ke Singapura, para pelawat perlu mengisytiharkan dan membayar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) juka nilai keseluruhan barangan diimport bagi kegunaan peribadi melebihi GST pelepasan import atau barang-barangan adalah bagi tujuan komersil."

Respons tersebut dinyatakan setelah satu gambar disebarkan menerusi media sosial, menunjukkan satu notis yang diletakkan oleh Kastam Singapura. Tanda tersebut meminta para pelawat yang memasuki negara untuk mengisytiharkan "semua pelitup muka dan cecair pembersih tangan" di samping barang-barangan boleh dicukai lain seperti tembakau, rokok serta alkohol.

Jurucakap Kastam menjelaskan bahawa notis yang digambarkan dalam catatan Facebook berkenaan diletakkan oleh Pusat Pesiaran Singapura sebagai respons kepada "kenaikan dalam bilangan penumpang feri yang membawa jumlah besar pelitup muka dan cecair pembersih tangan ke Singapura".

"Memandangkan sesetengah pelawat membawa jumlah besar pelitup dan cecair pembersih tangan dengan nilai melebihi had pelepasan GST importnya atau bagi tujuan komersil, mereka dihentikan di kawasan pemeriksaan beg dan pusing semula ke kaunter khidmat Kastam untuk membuat pembayaran GST," tambah jurucakap itu.

"Notis itu diletakkan dengan niat baik oleh kakitangan barisan hadapan kami untuk mengingatkan para pelawat supaya membuat pembayaran GST mereka terlebih dahulu sebelum terus ke pelepasan kastam. Ini sekali gus mengurangkan kesulitan dan membantu mempercepatkan pelepasan mereka di Pusat Pesiaran Singapura.

"Bagaimanapun, tujuan tersebut disalah faham."

Jurucakap Kastam itu berkata notis berkenaan diletakkan hanya di pusat pesiaran itu untuk menangani keadaan tertentu dan pusat-pusat pemeriksaan lain tidak mempunyai notis yang sama.

Singapura menyaksikan lonjakan dalam permintaan bagi pelitup muka di tengah-tengah kebimbangan berhubung virus korona COVID-19.

Sesetengah peruncit menaikkan harga secara mendadak bagi pelitup yang dijual manakala para penjual privet pula menjual kotak-kotak pelitup muka online, biasanya secara pukal.

Pihak berkuasa sudah menekankan berulang kali bahawa Singapura mempunyai bekalan pelitup yang mencukupi dan menghantar surat untuk meminta beberapa peruncit supaya menjelaskan strategi harga mereka bagi pelitup. 

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan