Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Karyawan hilang pekerjaan yakin peluang terbuka dengan peningkatan kemahiran

Banyak perkara berubah akibat COVID-19. Bagi Encik Dannie Hamid, pengalamannya selama 25 tahun dalam bidang sumber manusia tidak menjamin beliau akan mendapat pekerjaan baru apabila majikannya gulung tikar.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Banyak perkara berubah akibat COVID-19.

Bagi Encik Dannie Hamid, pengalamannya selama 25 tahun dalam bidang sumber manusia tidak menjamin beliau akan mendapat pekerjaan baru apabila majikannya gulung tikar.

"Perasaan sedih pun ada, takut pun ada. Apakah majikan yang akan ambil saya?"

"Saya telah memohon ke banyak syarikat dan sudah menjalani temuduga namun tidak berjaya kerana saya dianggap "over-qualified" atau kelayakan saya terlalu tinggi untuk tugas itu.

"Ada juga yang memberi alasan mereka tidak mempu membayar saya kadar gaji saya yang terlalu tinggi," kongsi Encik Dannie yang berusia 45 tahun.

Sambil berusaha mencari pekerjaan baru, bekas naib presiden di sebuah daya tarikan di Sentosa itu memanfaatkan waktu terluang untuk mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan di bawah inisiatif SkillsFuture.

Beliau mengakui ia sesuatu yang tidak dapat dilakukan semasa bekerja sepenuh masa dahulu.

Encik Dannie kini hampir selesai menjalani sebuah program jurulatih pembimbing.

Beliau juga bakal mengikuti pula kursus pensijilan dalam pengurusan projek serta kepimpinan dalam transformasi digital.

"Saya percaya peningkatan kemahiran adalah sesuatu yang berterusan. Kursus-kursus yang akan saya ambil akan membantu saya memajukan kerjaya saya di masa hadapan," jelas beliau. 

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan