Images
  • SG cares carnival

Karnival SG Cares anjuran Mediacorp alu-alukan kerja sukarela

SINGAPURA: Tindakan melakukan kerja-kerja sukarela dapat membina Singapura yang lebih baik di mana tiada seorang pun yang ketinggalan.

Demikian menurut Perdana Menteri Lee Hsien Loong semasa berucap di Karnival SG Cares yang berlangsung di Hab Tampines Kita.

PM Lee turut melancarkan aplikasi SG Cares di karnival yang dihadiri sekitar 1,500 penerima bantuan sukarelawan dan orang awam itu.

Aplikasi demikian membolehkan masyarakat berkongsi berita, sumber dan peluang untuk memberi sumbangan dalam kerja amal.

Dianjurkan bersama dengan Mediacorp, karnival itu juga memuatkan pelbagai kegiatan seperti pertunjukan fesyen yang diuruskan sekumpulan individu termasuk bekas pesakit barah dan mereka yang kurang upaya.

Hampir 30 buah kumpulan mengambil bahagian dalam karnival tersebut bagi meningkatkan kesedaran mengenai pelbagai inisiatif sosial seperti melatih kucing terapi untuk warga tua dan membuat topi untuk pesakit barah.

Satu pameran turut diadakan bagi memberi penghormatan kepada individu-individu yang memainkan peranan dalam membentuk sebuah masyarakat yang inklusif.

Salah seorang peserta karnival, Cik Hanisah berkata: "SG Sports telah membantu saya untuk memberi saya lebih keyakinan dalam sukan saya. Sukan saya adalah lari. Jadi, sebenarnya sebelum ini saya tidak pernah suka lari." 

- CNA/sm

Top