Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Karnival Keluarga Geylang Serai galak gaya hidup sihat

Sebuah Karnival Keluarga akan diadakan di Wisma Geylang Serai (WGS) sempena cuti sekolah September ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Sep 2019 06:58PM Dikemas Kini : 04 Sep 2019 10:10PM

BERITAmediacorp: Sebuah Karnival Keluarga akan diadakan di Wisma Geylang Serai (WGS) sempena cuti sekolah September ini.

Warga kerja BERITAmediacorp juga akan berada di sana Ahad ini (8 Sep) untuk menjayakan pelbagai kegiatan, dengan para pengunjung berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik.

Karnival keluarga itu adalah yang pertama seumpamanya dianjurkan WGS.

Kegiatan-kegiatan disediakan termasuk permainan, acara hiburan selain trak-trak makanan yang menawarkan pilihan makanan menggiurkan.

Terdapat juga kegiatan-kegiatan kesihatan untuk seisi keluarga.

"Pasukan WGS setiap minggu berusaha untuk menganjurkan dan bekerjasama dengan agensi-agensi dan persatuan-persatuan untuk mengadakan acara-acara bertemakan belia, kesihatan, masyarakat, seni dan budaya.

"Pesta ini juga bekerjasama dengan BERITAmediacorp dan kami akan mengadakan senaman dan sebuah episod khas CETUSAN yang akan membincangkan topik kesihatan dengan Dr Dee Dee Mahmood, Dr Elly Sabrina Ismail, Cef Mel Dean serta Setiausaha Parlimen Kanan, Encik Amrin Amin," menurut Penolong Pengarah Program Bersepadu WGS, Muhammad Yunus Haroon.

Kolaborasi itu merupakan kali ketiga BERITAmediacorp bekerjasama dengan Wisma Geylang Serai dalam menjayakan acara mendampingi masyarakat.

Acara-acara sebelum ini berjaya menarik ribuan penonton dan pengikut BERITAmediacorp ke WGS.

Bagi karnival yang bakal dianjurkan, WGS menyasarkan sehingga 15,000 pengunjung.

Sebagai nadi masyarakat Melayu/Islam Singapura, karnival itu merupakan wadah bagi WGS menghidupkan ruang-ruang jalur budaya dan mengumpul maklum balas ramai tentang pembangunan jalur budaya Geylang Serai.

Karnival Keluarga Geylang Serai menjanjikan pelbagai kegiatan untuk seisi keluarga dari 6 Sep hingga 15 Sep ini. 

Sumber : BERITA Mediacorp/HA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan