Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kapal tangki minyak terbakar di perairan S'pura: MPA

 Kebakaran tercetus di kapal tangki minyak Panama di perairan Singapura pada Khamis (7 Nov), menyebabkan para anak kapal dipindahkan, menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) dalam kenyataan medianya.

Anggaran Waktu Membaca:
Kapal tangki minyak terbakar di perairan S'pura: MPA

Kapal tangki minyak terbakar di perairan S'pura. (Gambar: MPA)

Diterbitkan : 07 Nov 2019 11:14PM Dikemas Kini : 07 Nov 2019 11:19PM

SINGAPURA: Kebakaran tercetus di kapal tangki minyak Panama di perairan Singapura pada Khamis (7 Nov), menyebabkan para anak kapal dipindahkan, menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) dalam kenyataan medianya.

Menurut MPA, pihaknya dimaklumkan pada pukul 1.10 tengah hari mengenai kebakaran yang tercetus di kapal tangki minyak HOYU sekitar 9.7 batu nautika dari timur laut Pedra Branca.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), Polis Pengawal Pantai dan Angkatan Tentera Laut Republik Singapura (RSN) mengerahkan beberapa buah kapal untuk membantu anak kapal HOYU, menurut kenyataan itu.

Kesemua 18 anak kapal sudah dipindahkan dengan selamat dan kebakaran itu berjaya dipadamkan, menurut kenyataan itu lagi.

Tiada kecederaan atau pencemaran dilaporkan dan trafik perkapalan tidak terjejas.

MPA sedang menyiasat insiden tersebut.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan