Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kapal selam jenis 218SG RSN yang pertama dilancarkan esok

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen akan merasmikan majlis pelancaran kapal selam Tentera Laut Republik Singapura (RSN) Jenis 218SG yang pertama, di utara Jerman pada Isnin (17 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Feb 2019 08:19PM Dikemas Kini : 17 Feb 2019 09:05PM

MUNICH: Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen akan merasmikan majlis pelancaran kapal selam Tentera Laut Republik Singapura (RSN) Jenis 218SG yang pertama, di utara Jerman pada Isnin (17 Feb).

Singapura membeli empat kapal selam itu sebagai sebahagian daripada usaha membangunkan keupayaan jangka panjang dan program pembaharuan pasukan kapal selam RSN.

KEHIDUPAN SEBAGAI PEGAWAI KAPAL SELAM

Leftenan Kolonel Fong Chi Onn sudah menjadi anggota skuadron kapal selam RSN selama 13 tahun. Beliau adalah pegawai yang memerintah 'RSS Swordsman', kapal selam jenis Archer.

"Kami bekerja dan hidup di dalam ruang yang sangat sempit dan terkurung di atas kapal. Biasanya, tempat laluan di dalam kapal selam kurang satu meter panjang, kurang daripada panjang satu sinki dapur di rumah," katanya.

Seperti pegawai kapal selam yang lain, Leftenan Kolonel Fong bermula sebagai pegawai di kapal-kapal tentera biasa.

Beliau perlu menjalani latihan selama sembilan bulan, termasuk ujian psikologi dan kognitif sebelum layak menjadi anggota pasukan kapal selam.

Misi kapal selam boleh berlarutan selama berminggu-minggu.

Misalnya, pada November lalu, 'RSS Swordsman' terlibat dalam latihan dua hala antara tentera laut Singapura dengan India.

Kerahan ke Laut Andaman meliputi 1,800 batu nautika dan mengambil masa sebulan.

Tidak lama lagi, pegawai kapal selam seperti Leftenan Kolonel Fong perlu belajar mengendalikan jenis kapal selam baru.

RSN mengumumkan ia akan membeli empat kapal selam Jenis 218SG untuk menggantikan kapal-kapal selam kelas 'Archer' dan 'Challenger'.

Kapal-kapal selam baru itu, yang akan dipasang di Kiel, mempunyai sistem sonar lebih baik. Ini membantu mengesan musuh dengan lebih cepat dan mengenal pastinya dengan lebih tepat.

Ia juga boleh tahan dua kali lebih lama di bawah laut berbanding kapal selam RSN yang ada sekarang. Ini akan meningkatkan keupayaan RSN untuk melindungi perairan Singapura dan melindungi akses negara ke laluan pelayaran.

Sumber : CNA/NU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan