Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kapal Quantum of the Seas teruskan pelayaran pada 10 Dis: Royal Caribbean

Kapal Quantum of the Seas milik Royal Caribbean International masih dijadualkan untuk berlayar pada Khamis (10 Dis), menurut syarikat itu pada Rabu.

Anggaran Waktu Membaca:
Kapal Quantum of the Seas teruskan pelayaran pada 10 Dis: Royal Caribbean

Kapal Quantum of the Seas Royal Caribbean International. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 09 Dec 2020 02:52PM Dikemas Kini : 09 Dec 2020 02:55PM

SINGAPURA: Kapal Quantum of the Seas milik Royal Caribbean International masih dijadualkan untuk berlayar pada Khamis (10 Dis), menurut syarikat itu pada Rabu.

Royal Caribbean International menyatakan pihaknya mengerahkan "kerja-kerja pembersihan yang dipertingkat" di kapal itu selepas seorang penumpang diuji positif COVID-19 semasa satu pelayaran tanpa destinasi.

"Buat masa ini, tidak ada perubahan kepada pelayaran anda. Walau bagaimanapun, kami komited untuk memberi anda kemas kini tentang setiap langkah yang diambil," tambah syarikat itu dalam satu makluman kepada para pelanggan.

Satu kemas kini dijangka dikeluarkan pada 6 petang nanti sama ada terdapat perubahan lanjut kepada perjalanan yang dijadualkan esok, menurut Royal Caribbean International.

Syarikat itu juga menjelaskan disebabkan kes COVID-19 itu, para penumpang yang tidak lagi ingin berlayar atau mahu menukar tarikh perjalanan mereka, boleh berbuat demikian.

"Kami melanjutkan tarikh tamat bagi anda memilih untuk menyertai program Pelayaran dengan Yakin kami hingga 10 Disember 2020," jelas Royal Caribbean.

"Jadi jika anda memutuskan untuk tidak berlayar bersama kami, anda boleh membatalkannya untuk mendapatkan 100 peratus kredit pelayaran akan datang daripada tambang pelayaran yang sudah dibayar."

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan