Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kapal persiaran World Dream berlepas ikut jadual, dengan protokol diperketat

Kapal persiaran World Dream kendalian Dream Cruises berlepas pada Rabu (9 Dis) petang, selepas penumpang di kapal persiaran berasingan milik Royal Caribbean diuji positif COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Kapal persiaran World Dream berlepas ikut jadual, dengan protokol diperketat

(Gambar: Calvin Oh)

Diterbitkan : 09 Dec 2020 09:22PM Dikemas Kini : 09 Dec 2020 09:29PM

SINGAPURA: Kapal persiaran World Dream kendalian Dream Cruises berlepas pada Rabu (9 Dis) petang, selepas penumpang di kapal persiaran berasingan milik Royal Caribbean diuji positif COVID-19.

Dream Cruises menyatakan kapalnya berangkat lebih awal dari jadual pada Rabu untuk memudahkan kapal Quantum of the Seas milik Royal Caribbean, menurunkan penumpang lebih awal.

Seorang wartawan Mediacorp di Pusat Persiaran Marina Bay menyaksikan World Dream berlayar pada kira-kira pukul 6.20 petang. Menurut laman Dream Cruises, kapalnya biasa berangkat pada 9.00 malam.

"Pelayaran World Dream seterusnya akan beroperasi seperti yang dijadualkan dengan protokol kesihatan dan kebersihan yang ketat," kata Dream Cruises dalam satu kenyataan.

Kapal Quantum of the Seas kendalian Royal Caribbean kembali ke Singapura pada pagi Rabu, sehari lebih awal dari dijadualkan, setelah seorang penumpang berusia 83 tahun diuji positif COVID-19.

Penumpang itu telah dibawa ke hospital. Sampel ujian reaksi rantai polimerase (PCR) akan diuji semula di Makmal Kesihatan Awam Nasional dan sampel kedua akan diambil untuk "ujian pengesahan", kata Kementerian Kesihatan.

"Dream Cruises akan mematuhi semua garis panduan tambahan dari pihak berkuasa Singapura yang mungkin timbul dari kejadian ini demi menjaga kesihatan dan kesejahteraan tetamu dan anak kapal di World Dream dan di darat," menurut pihak kapal persiaran itu.

Ia menambah pihaknya sudah melaksanakan "langkah pencegahan yang dipertingkat setelah berunding dengan badan kesihatan antarabangsa dan dan pihak berkuasa pemerintah tempatan".

Para penumpang dikehendaki menjalani ujian pantas antigen COVID-19 (ART) di pelabuhan pada hari keberangkatan sebelum menaiki kapal, menurut laman Dream Cruises.

Dream Cruises dan Royal Caribbean mula berlayar pada November dan Disember, sebagai sebahagian daripada skim perintis yang membolehkan perjalanan ulang balik tanpa singgah di pelabuhan.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan