Images
  • Jepun
    Kapal perang JS Izumo dan JS Murasame berada di S'pura menyusuli latihan tentera laut bersama ASEAN, Australia, India dan Korea Selatan.

Kapal perang terbesar Jepun buat penampilan di S'pura

SINGAPURA: Kapal perang terbesar Jepun, iaitu JS Izumo, membuat penampilan di Singapura sebagai sebahagian daripada IMDEX Asia.

Ia berada di negara ini selepas menamatkan latihan tentera laut bersama melibatkan negara-negara ASEAN serta Australia, India dan Korea Selatan.

Komander JS Izumo berkata latihan sebegitu penting bagi mengekang ancaman seperti lanun daripada berlaku.

Selain JS Izumo, kapal perang kedua JS Murasame juga mengambil bahagian dalam latihan tersebut.

Kapal-kapal tersebut terlibat dalam Latihan Keselamatan Maritim keempat yang diadakan di bawah perjanjian Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN ADMM-Campur.

Latihan selama dua minggu, yang dianjurkan bersama Singapura dan Korea Selatan, berakhir hari ini (13 Mei).  

- CNA/NF/ai

Top