Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kapal bekalan Dominica terbalik, karam berdekatan Pedra Branca

Sebuah kapal bekalan yang mengibarkan bendera Dominica terbalik dan karam di perairan wilayah Singapura berdekatan Pedra Branca, menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) dalam kenyataannya hari ini (14 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Kapal bekalan Dominica terbalik, karam berdekatan Pedra Branca

Pedra Branca. (Gambar: Calvin Seah)

Diterbitkan : 14 Feb 2019 05:28PM Dikemas Kini : 14 Feb 2019 05:31PM

SINGAPURA: Sebuah kapal bekalan yang mengibarkan bendera Dominica terbalik dan karam di perairan wilayah Singapura berdekatan Pedra Branca, menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) dalam kenyataannya hari ini (14 Feb).

Peguasa itu menerima laporan pada sekitar 7.15 pagi tadi tentang kapal Ocean Cooper 2, yang terbalik dan karam di laluan menghala barat Skim Pemisahan Lalu Lintas, sekitar tiga batu nautika dari Pedra Branca.

Insiden berlaku dalam perairan wilayah Singapura di Selat Singapura.

(Gambar: MPA)

Tiga anak kapal Indonesia diselamatkan oleh sebuah kapal pengiring berdekatan yang membawa bekalan, Jolly Rachael. Semua anak kapal dilaporkan selamat. Tiada kecederaan atau pencemaran minyak dilaporkan, tambah MPA.

"MPA sudah mengeluarkan amaran navigasi supaya kapal-kapal dipandu dengan berhati-hati berikutan kejadian itu," menurut penguasa tersebut lagi.

Ia menambah, sebuah kapal dikerahkan untuk menjalankan ukur hidrografi terhadap bangkai kapal yang karam.

Trafik di Selat Singapura kekal tidak terjejas, dan MPA sedang menyiasat insiden itu.

Kejadian itu berlaku kurang seminggu selepas dua buah kapal berlanggar di perairan wilayah Singapura di Tuas pada Sabtu (9 Feb).

Dalam insiden tersebut, kapal Pireas yang berdaftar di Greece dan kapal penyenggaraan pelampung Malaysia, Polaris, berlanggar sedang kapal Pireas dalam perjalanan dari Singapura ke Tanjung Pelepas di Malaysia.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan