Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kanak-kanak tinggal serumah orang baru pulang dari luar negara wajib tidak hadir sekolah

Murid-murid prasekolah dan sekolah rendah akan dikenakan cuti ketidakhadiran selama 14 hari jika mereka tinggal bersama orang yang akan pulang dari luar negara mulai Khamis (26 Mac), menurut pihak berkuasa pada Selasa (24 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Kanak-kanak tinggal serumah orang baru pulang dari luar negara wajib tidak hadir sekolah

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 24 Mar 2020 10:54PM Dikemas Kini : 25 Mar 2020 09:15AM

SINGAPURA: Murid-murid prasekolah dan sekolah rendah akan dikenakan cuti ketidakhadiran selama 14 hari jika mereka tinggal bersama orang yang akan pulang dari luar negara mulai Khamis (26 Mac), menurut pihak berkuasa pada Selasa (24 Mac).

Ini juga terpakai bagi pelajar yang tinggal bersama orang yang telah melawat United Kingdom, Amerika Syarikat atau negara-negara ASEAN dan pulang ke Singapura pada atau selepas 14 Mac.

Cuti ketidakhadiran pelajar itu akan bermula pada hari orang tersebut pulang ke Singapura.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Selasa, Kementerian Pendidkan (MOE) dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) menyatakan langkah-langkah itu merupakan langkah tambahan kepada cuti ketidakhadiran 14 hari yang perlu dijalani oleh para pelajar dan kakitangan sekolah yang pulang dari luar negara pada atau selepas 14 Mac.

MOE dan MSF menggalakkan para majikan untuk menyediakan aturan pekerjaan fleksibel kepada para pekerja bagi menguruskan "keadaan luar biasa" sedemikian.

"MOE dan MSF akan terus memantau keadaan dengan teliti, dan bekerjasama dengan sekolah, prasekolah, pusat jagaan pelajar, ibu bapa dan masyarakat untuk memastikan bahawa sekolah-sekolah, prasekolah dan pusat jagaan pelajar kekal selamat," menurut kementerian tersebut.

Kedua-dua kementerian itu juga menggesa para pelajar dan kakitangan yang tinggal bersama orang yang dikenakan cuti ketidakhadiran atau notis duduk di rumah supaya memantau kesihatan mereka dan berjumpa doktor jika tidak sihat dan hanya kembali ke sekolah apabila mereka sudah pulih sepenuhnya.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan