Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kanak-kanak Tadika Jamiyah memperingati Hari Kebangsaan dengan persembahan watak perintis

Rasa ghairah bercampur gementar menyelubungi perasaan kanak-kanak Tadika Jamiyah yang membuat persembahan khas di hadapan ibu bapa dan guru-guru mereka.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Rasa ghairah bercampur gementar menyelubungi perasaan kanak-kanak Tadika Jamiyah yang membuat persembahan khas di hadapan ibu bapa dan guru-guru mereka.

Kerja keras sejak dua minggu lalu sampai ke kemuncaknya hari ini (8 Ogos), dengan setiap kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun itu siap memainkan watak masing-masing sempena Majlis Memperingati Hari Kebangsaan.

Persembahan hari ini membawa tema istimewa.

Ia menceritakan titik penting sejarah Singapura melalui sumbangan lima watak utama - Sang Nila Utama, Stamford Raffles, Tan Tock Seng, Munshi Abdullah dan Naraina Pillai dan diwarnai dengan permainan kompang dan sampan sebagai alatan lakonan.

MENGENALI PERINTIS DENGAN LEBIH DEKAT

Pengurus Kanan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Jamiyah, Yasotha Veerapp@Nurull berkata, tema Bicentennial Singapura penting dalam memupuk nilai yang baik dalam keperibadian para pelajar tadika sejak usia yang awal lagi.

"Golongan perintis telah banyak menyumbang kepada kejayaan Singapura. Lima tokoh ini telah menyumbang kepada mutu kepimpinan dan mereka juga merupakan peran contoh bagi kanak-kanak," kongsinya.

Bagi kanak-kanak itu pula, memainkan watak para perintis turut memberikan mereka peluang mendekati para pemimpin dengan lebih dekat lagi.

"Saya tahu Munshi Abdullah tulis buku Hikayat Abdullah," kata Zhafran Zulkanaen yang memainkan watak Munshi Abdullah.

"Saya belajar yang beliau merupakan seorang yang berani," kongsi T Muhammad Thaamar, yang memainkan watak Sang Nila Utama.

Majlis dimeriahkan dengan dendangan lagu-lagu masyarakat disertai Anggota Parlimen Mountbatten Lim Biow Chuan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan Singapura sebagai kemuncaknya. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan