Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kanak-kanak kurang nasib baik tidak harus ketinggalan di tengah COVID-19, tekan Presiden Halimah

Presiden Halimah Yacob berkata kanak-kanak yang memerlukan harus dipastikan agar tidak ketinggalan di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Sep 2020 10:14PM Dikemas Kini : 30 Sep 2020 10:16PM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob berkata kanak-kanak yang memerlukan harus dipastikan agar tidak ketinggalan di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Beliau berkata demikian menyusuli lawatannya ke pusat jagaan pelajar Big Heart Student Care siang tadi (30 Sep).

Puan Halimah meninjau-ninjau pusat jagaan tersebut sedang para pelajarnya menyambut perayaan Musim Luruh. Seramai 20 murid berpeluang menghasilkan tanglong untuk Puan Halimah.

Pasukan Belia Singapura juga mengadakan kegiatan menerusi wadah online Zoom.

Puan Halimah mengalu-alukan rancangan melibatkan pelbagai badan bantu diri untuk menggembleng tenaga dalam berkhidmat kepada kanak-kanak dari latar belakang kurang bernasib baik.

"Dalam suasana sedemikian, kita harus menentukan bahawa kebajikan kanak-kanak ini tidak terbiar kerana mungkin keluarga mereka tidak mempunyai sumber yang mencukupi atau mereka tidak mempunyai sokongan ahli keluarga. Penting kita teruskan khidmat seperti ini," tekan Puan Halimah. 

Sumber : CNA/ZM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan