Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kanak-kanak diberi lebih perlindungan dari penjenayah seksual

Pindaan yang disarankan itu juga akan memberi perlindungan lebih baik kepada golongan bawah umur daripada para penjenayah seksual.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Feb 2019 03:43PM Dikemas Kini : 11 Feb 2019 11:59PM

SINGAPURA: Pindaan yang disarankan itu juga akan memberi perlindungan lebih baik kepada golongan bawah umur daripada para penjenayah seksual.

Jenis kesalahan baru dan hukuman lebih berat akan diperkenalkan.

Joshua Robinson mengadakan hubungan seks dengan budak-budak perempuan berusia 15 tahun dan menunjukkan filem lucah kepada seorang budak perempuan 6 tahun.

Pada 2017, jurulatih seni mempertahankan diri itu juga didapati mempunyai hampir 6,000 filem lucah.

Dia dijatuhi hukuman penjara empat tahun.

Di bawah pindaan yang disarankan, kesalahan seperti yang dilakukan Joshua akan ditangani dengan lebih berkesan.

Jenis kesalahan baru akan diperkenalkan untuk menjadikan satu kesalahan untuk menerbit, mengedar dan memiliki bahan mengenai penderaan kanak-kanak.

Ini termasuk penderaan fizikal dan seksual terhadap golongan berusia bawah 16 tahun dan menunjukkan alat kemaluan mereka.

Malahan ia juga termasuk imej-imej sedemikian dari kanak-kanak yang wajah mereka tidak dapat dikenali.

Satu lagi pindaan memberi perlindungan lebih baik kepada golongan berusia antara 16 hingga 18 tahun.

Pindaan itu akan mengambil kira hubungan bersifat mengeksploitasi mereka.

Banyak faktor akan menjadi pertimbangan dalam menentukan corak hubungan sedemikian.

Misalnya, tahap pengaruh pelaku kesalahan itu terhadap mangsanya.

Hubungan antara guru dengan pelajar atau ibu bapa dengan anak, termasuk dalam kategori itu.

Usia persetujuan melakukan hubungan seks, tidak berubah iaitu 16 tahun.

Selain itu terdapat beberapa jenis kesalahan baru yang akan ditangani.

Ini termasuk komunikasi berunsur seksual dengan kanak-kanak, melakukan hubungan seksual di depan kanak-kanak dan menyebabkan kanak-kanak melihat imej seksual.

Sumber : CNA/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan