Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kanak-kanak dengan keperluan pendidikan khas sudah disepadu dalam sistem sekolah S'pura

Kanak-kanak yang mempunyai keperluan pendidikan khas (SEN) sudah disepadukan ke dalam sistem sekolah Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Kanak-kanak dengan keperluan pendidikan khas sudah disepadu dalam sistem sekolah S'pura

Kanak-kanak yang mempunyai keperluan pendidikan khas (SEN) sudah disepadukan ke dalam sistem sekolah Singapura.

Diterbitkan : 02 Nov 2018 09:02PM Dikemas Kini : 02 Nov 2018 09:07PM

SINGAPURA: Kanak-kanak yang mempunyai keperluan pendidikan khas (SEN) sudah disepadukan ke dalam sistem sekolah Singapura.

Namun, Menteri Kedua Pendidikan Indranee Rajah berkata lebih banyak perlu dilakukan untuk mewujudkan persekitaran yang benar-benar inklusif bagi mereka dalam masyarakat sekarang.

Cik Indranee juga menggesa lebih ramai majikan supaya bekerjasama dengan sekolah-sekolah SPED dalam usaha itu.

Beliau berucap di persidangan SPED tahun ini, di mana beliau menarik perhatian mengenai majikan-majikan yang sudah membantu kanak-kanak keperluan khas.

Misalnya, Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Grow & Glow Jurong West bekerjasama dengan Sekolah Grace Orchard untuk melatih pelajar dengan kurang daya intelektual untuk menjadi Guru Pembantu Jagaan Kanak-Kanak.

Turut diiktiraf di acara hari ini (2 Nov) ialah empat guru SPED yang menerima Biasiswa Sarjana dalam Pendidikan Khas.

Empat lagi guru SPED menerima Anugerah Guru Cemerlang SPED dan tiga sekolah diberi Anugerah Inovasi.  

Sumber : CNA/NU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan