Images

Kanak-kanak dari keluarga bergaji rendah miliki tabiat kesihatan lemah: Kajian NUH

SINGAPURA: Bagi memperbaiki mutu kehidupan kanak-kanak prasekolah, penting diadakan satu model jagaan kesihatan yang bersepadu.

Itulah antara dapatan satu kajian yang sedang dijalankan ke atas 450 kanak-kanak dari sekurang-kurangnya 12 prasekolah.

Diterajui Unit Pembangunan Kanak-Kanak Hospital Universiti Nasional (NUH), kajian itu juga mendapati kanak-kanak daripada keluarga bergaji rendah mempunyai tabiat kesihatan yang lemah.

Tinjauan itu mendapati kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah mempunyai kadar kesihatan gigi dan mutu tidur yang rendah serta tabiat makanan kurang sihat berbanding kanak-kanak sebaya mereka dari keluarga berpendapatan pertengahan dan tinggi.

Selain itu, sejumlah kanak-kanak kurang bernasib baik itu yang ada masalah kesihatan, kurang mendapatkan rawatan susulan.

Lantaran itu, satu rangkaian sokongan silang sektor akan dibangunkan bagi memperbaiki kadar kesihatan kanak-kanak berkenaan.

Ini akan dilakukan melalui pencegahan awal seperti pemeriksaan masyarakat dan pendidikan kesihatan serta membolehkan kanak-kanak lebih fokus dalam kelas.

Rangkaian itu yang diberi nama "Circle of Care" akan merangkumi pekerja khidmat sosial, guru dan kakitangan perubatan.

- CNA/RU/na

Top