Images
  • airbus

Kampus Airbus bernilai S$38 juta di Seletar dirasmikan

SINGAPURA: Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing siang tadi (20 Nov) menghadiri upacara perasmian kampus yang menyatukan semua operasi syarikat pembuat pesawat Airbus.

Kampus bernilai S$38 juta itu terletak di Seletar.

Di majlis itu Encik Chan berkata pemerintah akan terus bekerjasama dengan pemain-pemain industri yang sehaluan dengannya seperti Airbus bagi mempelopori bidang-bidang pertumbuhan ekonomi yang baru.

Kampus Airbus itu seluas lebih tujuh padang bola sepak dan antara kemudahannya termasuk sebuah bangunan pejabat tiga tingkat.

Pejabat itu akan menjadi hab perniagaan serantau bagi pelbagai jenis pesawat.

Ada juga gudang yang akan meningkatkan keupayaan penyimpanan Airbus sebanyak lebih 70 peratus, selain tempat khas di mana latihan disediakan kepada para kakitangannya.

Airbus kini menggajikan sekitar 800 orang di Singapura. 

- CNA/AQ/na

Top