Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kampung demensia pertama S'pura bakal dibina dekat Sembawang Park

Sebidang tapak dengan tempoh pegangan pajakan 30 tahun dekat Sembawang Park ditawarkan untuk tender bagi konsep perintis perumahan penjagaan masyarakat untuk pesakit demensia atua nyanyuk.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Jul 2019 04:45PM Dikemas Kini : 17 Jul 2019 12:27AM

SINGAPURA: Sebidang tapak dengan tempoh pegangan pajakan 30 tahun dekat Sembawang Park ditawarkan untuk tender bagi konsep perintis perumahan penjagaan masyarakat untuk pesakit demensia atua nyanyuk.

Tapak di Gibraltar Crescent itu akan direka bentuk khas untuk menawarkan sekitaran yang selamat dan seperti rumah di mana para penghuninya dibantu hidup secara berdikari, menurut Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dan Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan media pada Selasa (16 Jul).

Kampung penjagaan demensia itu apabila sudah siap dibina akan menawarkan khidmat dan program dipilih khas untuk menggalak penyertaan serta pergaulan sosial antara para penduduk.

"Sebagai satu pilihan perumahan khas bagi indivu yang mengalami demensia pada peringkat yang berbeza-beza, projek perintis ini melengkapi khidmat jagaan di rumah dan khidmat jagaan demensia pada siang hari yang sedia ada," menurut kenyataan URA dan MOH itu.


"Kami berharap projek perintis ini dapat memberikan pencerahan kepada permintaan pasaran bagi kemudahan sebegini dan keperluan masyarakat bagi golongan yang mengalami demensia, yang akan membantu pembangunan model penjagaan demensia yang sesuai pada masa hadapan."

Tapak tersebut terdiri daripada sekelompok 10 rumah banglo yang terletak atas dua tapak berukuran 26,350.7 meter persegi dan 1,756.3 meter persegi.

Sekurang-kurangnya 60 peratus keluasan kasar lantai mesti digunakan bagi tempat kediaman. Baki 40 peratus boleh digunakan untuk kegunaan tempat tinggal, khidmat penjagaan kesihatan dan perubatan seperti rumah tumpangan atau khidmat jagaan warga tua, kedai dan restoran atau sebarang kemudahan tambahan institusi.

Apartmen servis, hostel dan rumah pengurusan mayat tidak dibenarkan dibina di tapak itu.

URA dan MOH menyatakan tender konsep dan pendapatan harga akan dilancarkan untuk menilai bidaan yang diterima bagi tapak tersebut, demi memastikan konsep yang dicadangkan selaras dengan visi Pemerintah bagi perkampungan penjagaan demensia itu.

Di bawah sistem ini, pihak-pihak yang berminat perlu menyerahkan konsep cadangan dan harga tender secara berasingan.

Tender akan ditutup pada 19 Nov.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan