Images
  • kambing korban (1)
    Sebanyak 3,700 kambing disediakan di 26 masjid bagi ibadah korban tahun ini. (Gambar: MUIS)

Kambing korban di kesemua 26 masjid habis dijual

SINGAPURA: Kesemua 3,700 kambing yang dibekalkan ke 26 masjid tempatan bagi ibadah korban tahun ini sudah habis dijual, menurut Jawatankuasa Korban Masjid-Masjid di Singapura (JKMS) hari ini (12 Jul).

Dalam kenyataan medianya, JKMS menyatakan persiapan untuk ibadah korban kini akan beralih ke fasa seterusnya dan tepat menepati jadual.

Jawatankuasa tersebut menekankan kesemua 26 pusat akan mematuhi paiawai prosedur operasi yang sama untuk memastikan kebajikan haiwan dan piawai kebersihan makanan dikekalkan.

Awal minggu ini, dilaporkan hanya tinggal Masjid Jamae Chulia yang masih mempunyai bekalan kambing korban untuk ditempah.

Ini meskipun tarikh akhir bagi tempahan kambing korban masih ada dua minggu lagi yakni 26 Julai.

Kambing korban tahun ini dijual pada harga S$480 setiap ekor, iaitu paling rendah sejak tempoh enam tahun lalu.

Dalam kenyataan pada Jumaat, JKMS turut melahirkan rasa terima kasih kepada masyarakat atas sokongan kukuh bagi ibadah korban tahun ini.

Pihaknya juga memohon doa dari masyarakat agar ibadah tahun ini akan berjalan dengan lancar.

- BERITAmediacorp/TQ/tq

Top