Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kakitangan SIA boleh dapatkan suntikan vaksin COVID-19 mulai 13 Jan

Kakitangan Singapore Airlines yang layak akan mula menerima suntikan vaksin COVID-19 pada Rabu (13 Jan) di Terminal 4 Lapangan Terbang Changi sebagai sebahagian daripada usaha pemvaksinan bagi sesetengah pekerja dalam sektor penerbangan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kakitangan SIA boleh dapatkan suntikan vaksin COVID-19 mulai 13 Jan

(Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 12 Jan 2021 11:13PM Dikemas Kini : 12 Jan 2021 11:16PM

SINGAPURA: Kakitangan Singapore Airlines yang layak akan mula menerima suntikan vaksin COVID-19 pada Rabu (13 Jan) di Terminal 4 Lapangan Terbang Changi sebagai sebahagian daripada usaha pemvaksinan bagi sesetengah pekerja dalam sektor penerbangan.

Suntikan vaksin itu ditawarkan kepada kakitangan berpangkalan di Singapura, yang kini diletakkan di bawah program ujian rutin berjadual, menurut seorang jurucakap SIA pada Selasa (12 Jan).

Mereka termasuk anak kapal, juruterbang, kakitangan di lapangan terbang yang tugas mereka memerlukan hubungan rapat dengan penumpang, dan kakitangan kejuruteraan yang terpilih.

Penyertaan dilakukan secara sukarela dan SIA Group "amat menggalakkan" semua kakitangan yang layak supaya mengambil tawaran ini, menurut jurucakap itu.

Pada 21 Dis, Singapura menerima penghantaran pertama vaksin COVID-19, sekaligus menjadi negara ini yang pertama di Asia untuk menerima vaksin yang dibangunkan syarikat farmaseutikal Pfizer di Amerika Syarikat dan syarikat Jerman BioNTech.

ALAT PENGESANAN PADA ANAK KAPAL SEMASA PERSINGGAHAN LUAR NEGARA

SIA juga menyatakan dalam satu kenyataan berasingan pada Selasa bahawa langkah tambahan diperkenalkan bagi anak kapal semasa melakukan persinggahan di luar negara.

Mereka akan menggunakan bas yang ditempah khas ke dan dari hotel mereka, yang akan terletak dekat dengan lapangan terbang serta jauh dari pusat bandar.

Semua anak kapal juga dikehendaki duduk di bilik hotel masing-masing semasa tempoh persinggahan itu dan memakai alat bagi menjejaki lokasi mereka, bagi memastikan mereka mematuhi peraturan.

Mereka tidak dibenarkan bergaul secara fisikal antara satu sama lain semasa waktu ini dan mesti mengambil suhu badan dengan kerap serta memantau kesihatan mereka sepanjang bertugas. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan