Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kakitangan sedang jalankan ujian pada kereta api penyenggaraan sebelum digilis

Insiden baru-baru ini yang mengakibatkan seorang kakitangan SMRT cedera, berlaku ketika satu pasukan yang dianggotai enam orang sedang melakukan persiapan bagi sebuah kereta api penyenggaraan, untuk kembali ke depot selepas selesai melakukan kerja-kerja di landasan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Dec 2018 05:40PM Dikemas Kini : 21 Dec 2018 11:17PM

SINGAPURA: Insiden baru-baru ini yang mengakibatkan seorang kakitangan SMRT cedera, berlaku ketika satu pasukan yang dianggotai enam orang sedang melakukan persiapan bagi sebuah kereta api penyenggaraan, untuk kembali ke depot selepas selesai melakukan kerja-kerja di landasan. Demikian menurut syarikat pengangkutan itu dalam kenyataan medianya hari ini (21 Dis).

Kenyataan itu membutirkan tentang bagaimana pasukan terbabit melakukan ujian brek yang melibatkan beberapa pergerakan kereta api penyenggaraan. Pada masa yang sama, salah satu pasukan berada di landasan untuk memeriksa jika terdapat sebarang kebocoran minyak pada kereta api.

Kemalangan yang berlaku pada awal pagi 12 Dis sebelum waktu operasi mengakibatkan seorang kakitangan cedera sehingga perlu dikejarkan ke hospital. Bahagian bawah kaki kanannya dikudungkan.

"Ujian brek itu dihentikan secara serta-merta apabila salah seorang anggota pasukan melihat pegawai yang cedera itu terbaring di landasan," menurut SMRT.

"Anggota pasukan lain memberikan pertolongan kecemasan kepada kakitangan yang kaki kanannya digilis kereta api penyenggaraan," tambahnya.

"Ujian brek itu satu prosedur yang perlu bagi memastikan lokomotif (kepala kereta api) dan mesin penghentak landasan dipadankan serta brek-brek berfungsi sebelum ia bergerak kembali ke depot. Ujian ini melibatkan pergerakan kereta api penyenggaraan yang terbatas," menurut SMRT.

"SCDF dikerahkan dan kakitangan yang cedera dikejarkan ke hospital di mana bahagian bawah kaki kanannya dikudungkan."

Ia menambah, kakitangan yang cedera "kini dalam keadaan stabil".

"SMRT mengambil pandangan yang serius terhadap kemalangan di tempat kerja ini. Kami sedang memberi kerjasama dengan Divisyen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kementerian Tenaga Manusia (MOM)."  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan