Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kakitangan, rakan sedarjah pelajar dijangkiti COVID-19 kembali ke sekolah setelah diuji negatif

SINGAPURA: Semua 39 rakan sedarjah  dan 11 kakitangan  Sekolah Menengah East Spring yang sebelum ini berhubung rapat dengan pelajar menengah 3 yang disahkan menghidap COVID-19, diuji negatif virus tersebut

Anggaran Waktu Membaca:
Kakitangan, rakan sedarjah pelajar dijangkiti COVID-19 kembali ke sekolah setelah diuji negatif

Sekolah Menengah East Spring. (Gambar: Google Maps)

Diterbitkan : 29 Jun 2020 11:55PM Dikemas Kini : 29 Jun 2020 11:57PM

SINGAPURA: Semua 39 rakan sedarjah dan 11 kakitangan Sekolah Menengah East Spring yang sebelum ini berhubung rapat dengan pelajar menengah 3 yang disahkan menghidap COVID-19, diuji negatif virus tersebut.

Dalam satu catatan di Facebook pada Isnin (29 Jun), Menteri Pendidikan Ong Ye Kung berkata kementeriannyamendapat tahu tentang kes itu pada Sabtu malam dan sekolah tersebut "segera menjalani pembersihan menyeluruh".

Rakan sedarjah dan guru yang berhubung rapat dengan pelajar tersebut diberi cuti tanpa kehadiran dan menjalani ujian.

MOE juga menggantung kelas bagi peringkat Menengah 3 pada hari Isnin dan kumpulan itu akan kembali ke sekolah pada Selasa.

"Oleh kerana sekolah mempunyai langkah-langkah pengurusan selamat, yang tidak membenarkan peringkat berbeza bercampur, maka tidak perlu untuk menutup seluruh sekolah," kata Encik Ong.

"Saya gembira kami dapat menangani keadaan dengan tenang dan sistematik, dengan pemahaman dan sokongan ibu bapa dan pelajar. Ini akan menjadi norma baru," tambahnya.

Pelajar 15 tahun itu, dikenali sebagai kes 43297, diuji sebagai sebahagian daripada pemeriksaan proaktif Kementerian Kesihatan ke atas pelajar yang didiagnosis dengan jangkitan pernafasan akut (ARI) ketika pertama kali ke doktor.

Awal hari ini, Encik Ong mengunjungi Sekolah Menengah Ngee Ann untuk melihat bagaimana ia dapat mengendalikan jumlah penuh pelajar yang kembali bersekolah.

Sebagai sebahagian daripada langkah pengurusan selamat, pelajar menengah atas dan rendah mengambil laluan yang berbeza ke bilik darjah mereka ketika memasuki sekolah untuk mengelakkan kesesakan.

Guru juga memeriksa jika pelajar atau anggota keluarga mereka yang lain tidak sihat. Ini untuk memastikan pihak sekolah berkenaan dapat mengenal pasti kes yang berpotensi dan mencegah berlaku kelompok jangkitan, kata Encik Ong.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan